Jumlah Online 4 online

 Blog Kesihatan Seks & RumahTangga NEXT PAGE >>
18 May 2013
 
Salur darah tersimpul penyebab sakit kawasan kelamin

Thursday | 08 December 2011

SAYA ada masalah ketika berumur 17 tahun apabila berasa sakit sangat dan senak di kawasan kelamin dan pundi kencing. Selepas diperiksa di hospital, doktor mendapati salur darah ke pundi kencing saya tersimpul, menyebabkan satu kerandut membengkak.

Doktor mengatakan pihak hospital tidak cukup alat untuk melakukan pemeriksaan dan dalam masa sama doktor memberi ubat antibiotik untuk mengurangkan sakit. Pemeriksaan dilakukan setiap minggu dan seperti biasa saya diberi ubat antibiotik.
Selepas sebulan, saya mula bosan ke hospital dan berasakan sudah sembuh, tetapi saya dapati saiz kerandut semakin mengecut. Apakah puncanya dan mungkinkah kerandut saya rosak?

FIKIRAN BUNTU
Kota Tinggi, Johor

Anda menyatakan satu kerandut kecil dan mungkin sebabnya ada kaitan dengan masalah yang berlaku ketika berumur 17 tahun, di mana buah kerandut anda senak akibat salur darahnya terpulas! Anda perlu tahu anda ada sepasang buah kerandut. Jika buah zakar yang lagi satu itu sihat dan tidak mengecil seperti yang sebelah lagi, kemungkinan kerandut itu tidak terjejas dan dijangka tiada masalah kesuburan.
Jika anda ada sperma dan profil sperma normal, iaitu bilangan normal, sperma aktif dan berbentuk normal, anda tidak perlu khuatir.
Namun, anda perlu tahu ada sebilangan kecil lelaki tidak dapat langsung menghasilkan sperma! Keadaan ini dikenali sebagai infertiliti sekunder lelaki atau ‘Azoospermia’ sekunder. Jarang kerandut terpulas kecuali kedudukannya dalam kantung tidak stabil atau ia diurut. Jika buah kerandut terpulas dengan ketara, perjalanan darah tersekat dan buah zakar boleh rosak. Jika ia separa terpulas, perjalanan darah separa tersekat dan kilang sperma tidak dapat darah mencukupi dan ini boleh membuatkan tisu kilang sperma rosak.
Jika perasaan senak itu akibat radang buah kerandut, radang itu mungkin akibat jangkitan kuman atau kuman virus. Buah kerandut yang radang itu perlu direndam dalam air sejuk supaya bengkak dapat dikurangkan.

 Sumber


BANYAK LAGI TIPS-TIPS KESIHATAN SEKS & RUMAHTANGGA : TEKAN SINI
Perhatian : aktikal disini bukan cerita seks semata-mata, ia sekadar info dan tips sahaja


 

 | Laman Utama  | Cara Beli Produk  | Soalan Lazim  | Tips Rumahtangga  |


Since 2008 - produkpower.com. All Right Reserved.