Jumlah Online 2 online

 Blog Kesihatan Seks & RumahTangga NEXT PAGE >>
23 May 2013
 
10 Tabiat Punca Sperma Lemah

Thursday | 08 March 2012

Sperma lemah? Punca? Tahukah anda sperma lelaki boleh menjadi lemah dan tidak mampu untuk berfungsi sebagai sperma yang aktif? Berikut 10 tabiat yang mesti dielakkan bagi memastikan sperma anda kembali normal.

1.       Kepanasan  melampau

Kebiasaanya testis manusia akan menjadi lebih baik jika ia berada dalam keadaan suhu lebih sejuk berbanding suhu bahagian lain dalam tubuh. Lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk mempunyai sperma yang lemah.

2.       Mandi air panas

Tab mandian air panas juga tidak baik untuk pengaktifan testis. Jangka masa 30 minit berada di dalam jakuzi atau tab mandi air panas sudah cukup menurunkan produktiviti sperma anda. Jadi pastikan jika anda memerlukan air panas untuk mandi, jangan berendam terlalu lama.

3.       Suhu badan tinggi

Suhu badan yang tinggi disebabkan demam boleh mengakibatkan kesan yang tidak elok pada kesuburan sperma lelaki. Berdasarkan kajian, didapati kepekatan sperma boleh menurun sehingga 35% daripada biasa akibat suhu badan yang tinggi.

4.       Computer riba

Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil akibat daripada penggunaan laptop akan meningkatkan suhu skrotum sehingga mampu mencapai  35°c. Ia akan memudaratkan sperma jadi pastikan laptop anda tidak diletakkan di atas peha terlalu lama.

5.       Pemilihan seluar dalam

Seluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberikan kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. Keadaan seluar dalam yang terlalu ketat akan mengganggu pengaliran darah di kawasan tersebut. Akibatnya, jumlah spermatozoa yang dilepaskan selama ejakulasi jauh lebih rendah.

6.       Pembesaran pembuluh darah

Dianggarkan sebanyak 15% daripada lelaki menghadapi situasi pembesaran pembuluh darah dalam skrotum yang biasanya berlaku di testis kiri. Keadaan ini mengakibatkan seseorang lelaki mengalami jumlah sperma yang rendah.

7.       Telefon bimbit

Radiasi daripada telefon bimbit yang disimpan di dalam poket seluar juga dikatakan turut memberikan kesan pada tahap kesuburan dan produktiviti alat kelamin lelaki.

8.       Obesiti

Kegemukan di kalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon wanita yang dikenali sebagai estrogen dalam tubuh lelaki. Obesiti boleh mengakibatkan penurunan jumlah sperma, disfungsi seksual dan ketidaksuburan system reproduksi.

9.       Amalan gaya hidup tidak sihat

Elakkan diri daripada mengambil bahan seperti tembakau kerana kandungan nikotin dalam tembakau terbukti boleh mengganggu fungsi seksual lelaki dan mengurangkan jumlah penghasilan sperma. Sebaiknya juga elakkan mengambil alcohol.

10.   Masalah lain

Penyakit seperti kanser testis, ketidakseimbangan hormon, kecacatan dari lahir, infeksi atau jangkitan kuman, trauma dan masalah psikologi seksual juga boleh menjejaskan kualiti dan kekuatan sperma. sumber: mingguan wanita


BANYAK LAGI TIPS-TIPS KESIHATAN SEKS & RUMAHTANGGA : TEKAN SINI
Perhatian : aktikal disini bukan cerita seks semata-mata, ia sekadar info dan tips sahaja


 

 | Laman Utama  | Cara Beli Produk  | Soalan Lazim  | Tips Rumahtangga  |


Since 2008 - produkpower.com. All Right Reserved.