Jumlah Online 2 online

 Blog Kesihatan Seks & RumahTangga NEXT PAGE >>
22 May 2013
 
Mata Cantik Bentuk Keperibadian

Tuesday | 13 March 2012

Mata yang sembab, kelihatan bengkak dan lingkaran gelap merupakan masalah yang sering menghantui setiap wanita. Langkah terbaik untuk mengekalkan kecantikan mata adalah bermula dari cara penjagaannya.

Bersihkan Solekan

Sebelum tidur, pastikan solekan mata anda dibersihkan dengan sempurna. Jika tidak dibersihkan pori-pori kulit akan tersumbat. Sebaiknya, bersihkan dengan menggunakan pembersih khusus atau susu pembersih kerana mata amat sensitif berbanding bahagian wajah yang lain. Kemudian, sapukan krim khas bagi merawat mata anda ketika tidur.

Lindungi Mata Dari Sinar UV

Jika anda terdedah pada cahaya matahari, pastikan anda menggunakan payung atau kaca mata yang mempunyai penapis sinar UV. Sinaran UV secara berlebihan boleh mempercepatkan kedutan kulit pada bahagian mata anda.

Minum Air Putih

Bagi Mencegah kedutan pada mata, minum air putih dengan banyak terutamanya jika cuaca terlalu panas, terlalu banyak bergerak atau ketika berada di tempat berhawa dingin. Kandungan air yang secukupnya boleh mencegah kulit menjadi kering dan cepat berkedut.

Makan Buah dan Sayur

Kandungan mineral, vitamin serta serat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan nutrien berguna untuk kecantikan mata. Kandungan vitamin C dapat membantu pembentukan kolagen yang mampu menambah keanjalan mata.

Kebersihan Tangan

Bagi mengelakkan berlakunya iritasi pada mata, pastikan tangan anda bersih sebelum menyentuh mata. Biarpun mata terasa gatal, jangan menggosoknya terlalu kuat dan kerap. Seeloknya, gunakan penyegar mata untuk mengatasi kegatalan tersebut.

Kaedah Tradisional

Anda juga boleh menjaga keindahan mata dengan kaedah tradisional. Antaranya meletakkan potongan kentang, timun atau tomato. Letakkan pada mata sekurang-kurangnya 15 minit. Untuk melancarkan peredaran darah, sapukan air batu pada sekeliling mata anda.


BANYAK LAGI TIPS-TIPS KESIHATAN SEKS & RUMAHTANGGA : TEKAN SINI
Perhatian : aktikal disini bukan cerita seks semata-mata, ia sekadar info dan tips sahaja


 

 | Laman Utama  | Cara Beli Produk  | Soalan Lazim  | Tips Rumahtangga  |


Since 2008 - produkpower.com. All Right Reserved.