Jumlah Online 2 online

 Blog Kesihatan Seks & RumahTangga NEXT PAGE >>
20 May 2013
 
Sebab-Sebab Perut Buncit

Tuesday | 20 March 2012

Ramai antara kita tidak menyedari kombinasi diet kurang seimbang. Stres dan pendedahan kepada pencemaran alam sekitar saban hari menyebabkan pengumpulan sisa toksin yang serius di dalam usus besar (kolon). Menandakan sisa bersifat toksik ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan malah membebankan usus besar (kolon).

Pasa asasnya kenaikan berat badan selalunya berpunca dari bahan buangan yang terkumpul di dalam usus besar. Ahli naturopathi serta homeopathi tidak menyangkal hakikat ramai di antara kita yang memikul beban sekurang-kurangnya 3 kilo di dalam usus besar tanpa disedari. Pakar pemakanan turut berpendapat individu-individu yang memiliki usus besar yang bermasalah tidak dapat menyerap khasiat dari makanan yang diambil seterusnya menyebabkan mereka cenderung untuk makan lebih dari sepatutnya.

Menerusi pemerhatian yang dijalankan, individu yang telah menjalani proses pembersihan kolon mula mendapati berat badan serta ukuran pinggang mereka semakin berkurangan dengan sendirinya. Usus besar yang dapat berfungsi dengan lancar membantu sistem pencernaan dan meningkatkan kadar metabolisma badan.

Tahukah anda mendapan bahan buangan yang terkumpul di dalam kolon bukan sahaja menambahkan berat badan tetapi juga menghasilkan toksin yang mengganggu proses metabolisma badan, yang mengakibatkan badan tidak bermaya di samping membebankan organ penyahtoksin utama iaitu hati dan ginjal.

Untuk menyingkirkan lemak badan dengan efektif, langkah utama adalah untuk memastikan segala sisa toksik telah dibuang dari usus besar agar ia tidak meracuni badan. Hasilnya, metabolisma badan dapat berfungsi secara optima dan anda telah pun berjaya melepasi halangan utama dalam mengurangkan berat badan.

Tahukah anda ukuran pinggang yang lebar bukan sahaja menjejaskan penampilan anda malah boleh memudaratkan kesihatan. Lemak berlebihan di bahagian perut sahaja (tanpa mengambil kira berat badan keseluruhan) boleh mendatangkan pelbagai risiko penyakit yang dikaitkan dengan obesiti, kencing manis, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular. Secara amnya lemak berlebihan di bahagian perut merupakan sebab utama sindrom metabolik (metabolic syndrome). Keadaan ini dikenalpasti menerusi kehadiran lemak berlebihan di bahagian perut, kandungan lemak tinggi, tekanan darah tinggi serta ketidakupayaan mengawal paras gula badan yang seterusnya meningkatkan risiko kencing manis dan penyakit hati.

Ketahui Sama ada Anda Mengalami Perut Buncit

Cara yang paling saintifik bagi memastikan sama ada anda mengalami masalah perut buncit asalah dengan menghitung ukuran waist hip ratio (WHR) anda.

WHR = Ukuran Pinggang (cm)
               ——————–
                Ukuran Pinggul    (cm)

Sekiranya ukuran WHR anda melebihi 0.85 (untuk wanita) dan 0.95 (untuk lelaki), ini bermakna perut anda buncit.


BANYAK LAGI TIPS-TIPS KESIHATAN SEKS & RUMAHTANGGA : TEKAN SINI
Perhatian : aktikal disini bukan cerita seks semata-mata, ia sekadar info dan tips sahaja


 

 | Laman Utama  | Cara Beli Produk  | Soalan Lazim  | Tips Rumahtangga  |


Since 2008 - produkpower.com. All Right Reserved.