Jumlah Online 6 online

 Blog Kesihatan Seks & RumahTangga NEXT PAGE >>
21 May 2013
 
Masalah dan Gangguan Seks Lelaki

Tuesday | 27 March 2012

Kemampuan daya seks lelaki dianggap normal apabila organ seksnya dapat dapat berfungsi secara normal, jiwanya stabil dan mampu memancutkan air mani pada waktunya ke dalam faraj. Lelaki yang tidak mempunyai ketiga-tiga faktor ini mungjkin tidak dapat memberi kepuasan kepada wanita mahupun dirinya sendiri. Terdapat pelbagai gejala yang menyebabkan kegiatan seks tidak dapat dilakukan secara sempurna.

Mati pucuk terjadi apabila zakar lelaki tidak dapat menegang untuk dimasukkan ke dalam vagina. Faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku berkaitan masalah jiwa dan keadaan fizikal lelaki itu sendiri.

Mati pucuk promer terjadi pada peringkat awal perkahwinan. Biasanya si lelaki mendapat tekanan perasaan yagn hebat yakni bimbang tidak dapat memberi kepuasan seks pada isteri.

Tekanan ini mengakibatkan kegagalan zakar mengegang. Dan sekiranya tegang, ia hanya tegang untuk seketika dan kendur sebaik menyentuh kemaluan isteri. Mati pucuk peringkat ini boleh diatasi dengan mengawal tekanan perasaan serta mendapat rawatan psikologi pakar seks.

Mati pucuk sekunder terjadi berperingkat-peringkat. Mula-mua ketegangan zakar berkurangan, hubungan seks kurang memuaskan, zakar cepat kendur atau pancutan mani berlaku begitu cepat. Masalah ini disebabkan tekanan dan kesihatan. Antara masalah kesihatan yang mengakibatkan mati pucuk adalah penyakit kencing manis, darah tinggi, gangguan saraf, strok, ketagihan alkohol dan dadah, radang pada kelamin dan gangguan pembuluh darah. Sementara akibat tekanan mungkin berpunca ketakutan suami gagal memenuhi cita rasa seks isteri dan juga bimbang isteri hamil.

Lelaki yang menderita masalah ini tidak perlu malu sebaliknya rujuklah kepada doktor pakar. Antara rawatan yang boleh menyelesaikan adalah dengan cara menyuntik ubat vasolidator ke zakar, pembedahan pintasan, pembedahan implan dan pengambilan hormon.

Selain masalah zakar tidak menegang, gangguan seks juga disebabkan terlalu cepat mengeluarkan mani ( pancutan pra matang), pancutan mani tertahan iaitu tidak dapat mencapai orgasma dan lemah dorongan seks (Low sex drive).


BANYAK LAGI TIPS-TIPS KESIHATAN SEKS & RUMAHTANGGA : TEKAN SINI
Perhatian : aktikal disini bukan cerita seks semata-mata, ia sekadar info dan tips sahaja


 

 | Laman Utama  | Cara Beli Produk  | Soalan Lazim  | Tips Rumahtangga  |


Since 2008 - produkpower.com. All Right Reserved.